1. PENGENALAN
Artmedia Production ditubuhkan secara rasmi pada 1
APRIL 2007 dan merupakan sebuah syarikat bumiputera yang terletak di Kota Bharu
Kelantan. Artmedia Production diasaskan oleh En. Royhadlin Bin Hussain
(Pengarah). Artmedia production turut dibantu oleh beberapa orang pakar dalam
bidang media, audio video, teknologi maklumat dan kebudayaan dalam
merealisasikan misi dan visi Artmedia Production.
Artmedia Production mengeluarkan produk multimedia seperti VCD Animasi, Video Muzik dan sketsa berbentuk drama. Selain itu terlibat juga dalam projek pementasan dan penggambaran video untuk pelanggan-pelanggan di seluruh negeri Kelantan. Syarikat ini mempunyai tujuh orang kakitangan iaitu seorang pengarah, seorang Pegawai Teknologi Maklumat, seorang Setiausaha dan empat orang Krew (Unit Audio Video, Penerbitan, Kebudayaan & Teknikal).
Artmedia Production juga mempunyai rakan kongsi
dalam perniagaan dan produksi iaitu Syarikat Adi Karya Sdn Bhd (845071-D) yang
terletak di Selangor Darul Ehsan. Maklumat lanjut mengenai syarikat ini boleh
di dapati melalui laman web http://www.adikaryasb.com.
2.
MISI DAN VISI
Misi Artmedia Production ialah meneruskan perjuangan seni warisan negara. Dan Visi Artmedia Production pula ialah memperkenalkan teknologi semasa untuk merealisasikan pengeluaran produk seni untuk negara.
3. PENGALAMAN DAN KEPAKARAN
Staf Artmedia Production terdiri daripada mereka-mereka
yang telah lama bergiat di dalam bidang yang diperlukan di dalam penerbitan dan
produksi. Di antaranya ialah mereka yang berpengalaman dalam bidang pembikinan
filem dan drama, pementasan teater, tarian, alatan muzik, teknologi multimedia
dan penulisan kreatif. Dengan kata lain, apa yang diperlukan oleh sesebuah
organisasi penerbitan itu ada pada Artmedia Production.
Kekuatan Artmedia Production terletak pada pengalaman
dalam bidang masing-masing dan sikap keterbukaan yang sentiasa berbincang bagi
mendapatkan hasil yang terbaik. Selain itu sokongan dan dorongan dari
rakan-rakan seperjuangan juga turut mempengaruhi perkembangan dan kemajuan
dalam memperjuangkan seni budaya Kelantan terutamanya wayang kulit, dikir barat
dan tarian tradisional.
Projek Artmedia Production sekarang ini banyak tertumpu pada penerbitan video klip muzik nyanyian dikir barat dari penyanyi-penyanyi tempatan, cereka animasi wayang kulit dan juga konsert untuk ketengahkan bakat-bakat baru dalam bidang seni.
Tiga
Sahabat sebagai jenama kepada Artmedia Production
Tiga sahabat dari watak di dalam wayang kulit ini ialah
Said, Samad dan Wok Yoh. Masing-masing mempunyai karakteristik yang tersendiri.
Contohnya Said yang sentiasa yakin dengan dirinya sendiri dan boleh dikatakan
yang paling pintar antara ketiganya. Wok Yoh yang sentiasa tidak mahu mengalah
dengan sahabatnya dan akhirnya Samad yang sentiasa mempunyai idea dan soalan
yang bukan-bukan.
Terdapat juga watak-watak lain seperti Pak Dogol, Raja Seri Rama, Puteri Sita Dewi, Laksamana, Hanuman Kera Putih, Tok Nek Bea, Tok Wea, Nik Rohani dan banyak lagi. Semua watak-watak ini dikawal suara oleh Abang Soupi dan merupakan hakcipta terpelihara Artmedia Production.
No comments:
Post a Comment