Roihadlin bin Hussain telah
lahir pada 20hb. Februari 1972 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak
yang bongsu daripada lapan orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di
Sekolah Rendah Tengku Indera Putera, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu. Kemudian
mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ketereh, Kota Bharu. Beliau
kemudiannya memilih untuk memasuki aliran Vokasional dan bersekolah di Sekolah
Menengah Vokasional Setapak, Kuala Lumpur dalam bidang Binaan Bangunan sehingga
tamat SPM(V).
Lahir dari keluarga orang-orang
seni, Roihadlin berkebolehan bermain alat-alat muzik seperti gitar, bass, drum,
keyboard dan alat-alat muzik tradisional yang lain yang mana turut menjadi hobi
beliau pada masa itu. Tidak hairan juga beliau telah menjadi artis rakaman
album bersama abangnya Razli Hussain semasa menganggotai kumpulan rock
Kelantan, Desire dan banyak membuat konsert bergerak di Semenanjung Malaysia.
Selain dari bermain muzik, beliau juga mahir melukis potret dan alam semulajadi
dengan pelbagai warna.
Roihadlin bercita-cita untuk
menjadi seorang arkitek dan pilot, bagaimanapun memilih untuk melanjutkan
pendidikan di peringkat Diploma pada Julai 1992 di Universiti Pertanian
Malaysia (UPM) dalam bidang Senibina dan Seni Lukis. Setelah tamat beliau telah
mengambil kursus jangka pendek anjuran Disney Creative Centre selama enam bulan
pada tahun 1994 dengan kolaborasi Institut Multimedia, UPM.
Pengalaman kreatif Roihadlin
bermula apabila mula bekerja di The Store, Kota Bharu Kelantan sebagai pereka
grafik, artis gubahan dan ukiran selama tiga tahun.
Roihadlin memulakan bidang
animasi pada tahun 1997 sebagai pereka grafik dan animator untuk projek
E-Learning di bawah anjuran Renong Berhad. Kemudiannya menjadi seorang animator
perintis untuk projek E-Learning di bawah Educational Trend Sdn Bhd yang mana
beliau banyak membantu memperkenalkan teknik animasi dan teknik mewarna secara
digital. Beliau juga menjadi pakar rujuk untuk projek-projek grafik di bawah
Biro Teknologi Pendidikan (BTP). Dan projek terakhir beliau dengan BTP ialah
pada tahun 2008.
Selain daripada menjadi animator
untuk beberapa projek, Roihadlin telah menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu
Artmedia Production pada tahun 2005. Dan bermula pada tahun itu beliau
mengembangkan lagi kebolehan beliau dalam bidang kreatif iaitu sebagai
jurugambar video dan juga penyunting video. Beliau banyak membantu syarikat
rakaman tempatan dalam menerbitkan video klip artis Dikir Barat dan juga klip
animasi untuk menaikkan lagi seni dan budaya tempatan. Beliau juga turut
menerbitkan beberapa filem animasi tempatan berteraskan wayang kulit yang
sememangnya menjadi minat beliau sejak kecil. Beliau telah melahirkan ikon
wayang kulit yang terkenal di Kelantan iaitu watak Wok Yoh, Samad dan Said,
disamping watak-watak lain yang dicipta dari imaginasi dan kreativiti beliau.
Beliau juga memperkenalkan teknik dan kesan khas dalam penerbitan video klip
untuk menarik perhatian semua peminat seni dengan cara yang baru dan unik.



Salam Roy, kawe amat bangga dgn kebolehan demo yg begitu unik dalam bidang kesenian yg ada dlm diri demo sejak darii kecil lagi. Teruskan usaha murni anda untuk menetengahkan budaya kesenian Kelantan untuk diperkenalkan keseluruh Malaysia mahupun ke peringkat antarabangsa.Tahniah Roy.BR/Nik Md Fakhrulanwar/Dubai
ReplyDeleteT.kasih Waa..kawe raso bersyukur atas apa yg di anugerahkan..kawe akan buat yg terbaik untuk jenerasi baru nanti asalkan mengikut jalan yg betul...kalu ada silap harap diperbetulkan...
DeleteDuk belek2 youtube jupo ngn katun demo. Roy bakponyo dok promote masuk mainstream? Masuk astro ko guano kalohkan upin ipin tu. Doh tra mintok funding dari state govt kelate? So lagi tek mano nok download semuo katun ni? Video2 dale youtube lain2 tue bade hok upload nyo..mano opih demo?
ReplyDeleteassalamualaikum. boleh saya tahu alamat artmedia production berserta e-mail dan nombor telefon untuk permohonan latihan industri di sana pada tahun 2017? saya pelajar animasi 3D daripada Kolej Komuniti Besut dan sedang mencari tempat untuk latihan industri tuan.
ReplyDelete