Monday, 14 May 2012
Animasi ini akan berada dalam Album Kilauan Dikir 9 nanti. Kata penerbit seminggu sebelum Hari Raya Puasa akan di edarkan ke seluruh Malaysia. Ini merupakan penampilan baru Animasi W.S.S dan akan kekal sampai bila-bila..kena tengok pada sketsa jugak tu. Barisan Artis yang terlibat dalam Album ini ialah Rosalinda, Jemy Intan Berlian, Cikgu Nor K.E, Eddy pring, Leha Adik Manja & Akma(penyanyi baru).
Sunday, 13 May 2012
1. PENGENALAN
Artmedia Production ditubuhkan secara rasmi pada 1
APRIL 2007 dan merupakan sebuah syarikat bumiputera yang terletak di Kota Bharu
Kelantan. Artmedia Production diasaskan oleh En. Royhadlin Bin Hussain
(Pengarah). Artmedia production turut dibantu oleh beberapa orang pakar dalam
bidang media, audio video, teknologi maklumat dan kebudayaan dalam
merealisasikan misi dan visi Artmedia Production.
Artmedia Production mengeluarkan produk multimedia seperti VCD Animasi, Video Muzik dan sketsa berbentuk drama. Selain itu terlibat juga dalam projek pementasan dan penggambaran video untuk pelanggan-pelanggan di seluruh negeri Kelantan. Syarikat ini mempunyai tujuh orang kakitangan iaitu seorang pengarah, seorang Pegawai Teknologi Maklumat, seorang Setiausaha dan empat orang Krew (Unit Audio Video, Penerbitan, Kebudayaan & Teknikal).
Artmedia Production juga mempunyai rakan kongsi
dalam perniagaan dan produksi iaitu Syarikat Adi Karya Sdn Bhd (845071-D) yang
terletak di Selangor Darul Ehsan. Maklumat lanjut mengenai syarikat ini boleh
di dapati melalui laman web http://www.adikaryasb.com.
2.
MISI DAN VISI
Misi Artmedia Production ialah meneruskan perjuangan seni warisan negara. Dan Visi Artmedia Production pula ialah memperkenalkan teknologi semasa untuk merealisasikan pengeluaran produk seni untuk negara.
3. PENGALAMAN DAN KEPAKARAN
Staf Artmedia Production terdiri daripada mereka-mereka
yang telah lama bergiat di dalam bidang yang diperlukan di dalam penerbitan dan
produksi. Di antaranya ialah mereka yang berpengalaman dalam bidang pembikinan
filem dan drama, pementasan teater, tarian, alatan muzik, teknologi multimedia
dan penulisan kreatif. Dengan kata lain, apa yang diperlukan oleh sesebuah
organisasi penerbitan itu ada pada Artmedia Production.
Kekuatan Artmedia Production terletak pada pengalaman
dalam bidang masing-masing dan sikap keterbukaan yang sentiasa berbincang bagi
mendapatkan hasil yang terbaik. Selain itu sokongan dan dorongan dari
rakan-rakan seperjuangan juga turut mempengaruhi perkembangan dan kemajuan
dalam memperjuangkan seni budaya Kelantan terutamanya wayang kulit, dikir barat
dan tarian tradisional.
Projek Artmedia Production sekarang ini banyak tertumpu pada penerbitan video klip muzik nyanyian dikir barat dari penyanyi-penyanyi tempatan, cereka animasi wayang kulit dan juga konsert untuk ketengahkan bakat-bakat baru dalam bidang seni.
Tiga
Sahabat sebagai jenama kepada Artmedia Production
Tiga sahabat dari watak di dalam wayang kulit ini ialah
Said, Samad dan Wok Yoh. Masing-masing mempunyai karakteristik yang tersendiri.
Contohnya Said yang sentiasa yakin dengan dirinya sendiri dan boleh dikatakan
yang paling pintar antara ketiganya. Wok Yoh yang sentiasa tidak mahu mengalah
dengan sahabatnya dan akhirnya Samad yang sentiasa mempunyai idea dan soalan
yang bukan-bukan.
Terdapat juga watak-watak lain seperti Pak Dogol, Raja Seri Rama, Puteri Sita Dewi, Laksamana, Hanuman Kera Putih, Tok Nek Bea, Tok Wea, Nik Rohani dan banyak lagi. Semua watak-watak ini dikawal suara oleh Abang Soupi dan merupakan hakcipta terpelihara Artmedia Production.
Biografi
Roihadlin bin Hussain telah
lahir pada 20hb. Februari 1972 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak
yang bongsu daripada lapan orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di
Sekolah Rendah Tengku Indera Putera, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu. Kemudian
mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ketereh, Kota Bharu. Beliau
kemudiannya memilih untuk memasuki aliran Vokasional dan bersekolah di Sekolah
Menengah Vokasional Setapak, Kuala Lumpur dalam bidang Binaan Bangunan sehingga
tamat SPM(V).
Lahir dari keluarga orang-orang
seni, Roihadlin berkebolehan bermain alat-alat muzik seperti gitar, bass, drum,
keyboard dan alat-alat muzik tradisional yang lain yang mana turut menjadi hobi
beliau pada masa itu. Tidak hairan juga beliau telah menjadi artis rakaman
album bersama abangnya Razli Hussain semasa menganggotai kumpulan rock
Kelantan, Desire dan banyak membuat konsert bergerak di Semenanjung Malaysia.
Selain dari bermain muzik, beliau juga mahir melukis potret dan alam semulajadi
dengan pelbagai warna.
Roihadlin bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek dan pilot, bagaimanapun memilih untuk melanjutkan pendidikan di peringkat Diploma pada Julai 1992 di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang Senibina dan Seni Lukis. Setelah tamat beliau telah mengambil kursus jangka pendek anjuran Disney Creative Centre selama enam bulan pada tahun 1994 dengan kolaborasi Institut Multimedia, UPM.
Pengalaman kreatif Roihadlin
bermula apabila mula bekerja di The Store, Kota Bharu Kelantan sebagai pereka
grafik, artis gubahan dan ukiran selama tiga tahun.
Roihadlin memulakan bidang
animasi pada tahun 1997 sebagai pereka grafik dan animator untuk projek
E-Learning di bawah anjuran Renong Berhad. Kemudiannya menjadi seorang animator
perintis untuk projek E-Learning di bawah Educational Trend Sdn Bhd yang mana
beliau banyak membantu memperkenalkan teknik animasi dan teknik mewarna secara
digital. Beliau juga menjadi pakar rujuk untuk projek-projek grafik di bawah
Biro Teknologi Pendidikan (BTP). Dan projek terakhir beliau dengan BTP ialah
pada tahun 2008.
Selain daripada menjadi animator
untuk beberapa projek, Roihadlin telah menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu
Artmedia Production pada tahun 2005. Dan bermula pada tahun itu beliau
mengembangkan lagi kebolehan beliau dalam bidang kreatif iaitu sebagai
jurugambar video dan juga penyunting video. Beliau banyak membantu syarikat
rakaman tempatan dalam menerbitkan video klip artis Dikir Barat dan juga klip
animasi untuk menaikkan lagi seni dan budaya tempatan. Beliau juga turut
menerbitkan beberapa filem animasi tempatan berteraskan wayang kulit yang
sememangnya menjadi minat beliau sejak kecil. Beliau telah melahirkan ikon
wayang kulit yang terkenal di Kelantan iaitu watak Wok Yoh, Samad dan Said,
disamping watak-watak lain yang dicipta dari imaginasi dan kreativiti beliau.
Beliau juga memperkenalkan teknik dan kesan khas dalam penerbitan video klip
untuk menarik perhatian semua peminat seni dengan cara yang baru dan unik.
Subscribe to:
Posts (Atom)